Calon Barisan Nasional (BN) P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman (berdiri tengah) bergambar kenangan bersama penyokong-penyokong BN selepas ketika sesi teh tarik bersama wakil persatuan penduduk anjuran NGO NO 1 Malaysia Media Tetera rakyat sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,.
Calon Barisan Nasional (BN) P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman (berdiri tengah) bergambar kenangan bersama penyokong-penyokong BN selepas ketika sesi teh tarik bersama wakil persatuan penduduk anjuran NGO NO 1 Malaysia Media Tetera rakyat sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,.

KUALA LUMPUR- Pemilihan Adnan Seman sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bandar Tun Razak nampaknya bukan sahaja diterima baik oleh pengundi.

Malah peguam muda itu juga berjaya ‘memulihkan’ hubungan dengan beberapa persatuan penduduk dan segelintir ahli-ahli UMNO yang tidak sebulu dengan kepimpinan bahagian sebelum ini.

Baru-baru ini, dalam pertemuan yang dianjurkan Presiden NGO No 1 Negara Majlis Tentera Rakyat, Mohd. Ali Baharom, Adnan ‘diculik’ daripada jadual berkempennya untuk menyantuni sekumpulan persatuan penduduk di Bandar Tun Razak.

Pertemuan itu yang turut dihadiri oleh Ketua Cawangan UMNO Perumahan Awam 4F Sri Melaka dan pengerusi persatuan penduduk di kawasan yang sama, Mohd. Nor dan beberapa wakil NGO pro kerajaan.

Adnan Seman bersalaman  dengan wakil persatuan penduduk  sambil diiringi oleh Ali Tinju (kanan) dan Mohd. Nor (tengah)  ketika sesi Teh Tarik bersama calon BN sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Adnan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diterima dan akan berusaha merapatkan saf demi misi BN merampas semula kawasan parlimen berkenaan.

“Pertemuan ini bakal menjadi sejarah dan penyatuan kita demi misi mengembalikan kuasa BN di sini dan nampaknya pemilihan saya ini diterima ramai.

“Saya harap selepas ini kita dapat bersama-sama merapatkan hubungan dan bersama-sama memajukan Bandar Tun Razak,” ujarnya.

Mohd. Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju berharap pertemuan yang sama dapat memantapkan sokongan pengundi terhadap Adnan.

Calon Barisan Nasional (BN) P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman memberi penerangan kepada penyokong Barisan Nasional (BN) ketika sesi Teh Tarik bersama calon BN sempena kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM.

“Saya harap ada berpuluh lagi persatuan penduduk yang didakwa ‘dianaktirikan’ pucuk pimpinan bahagian telah diyakinkan dengan pemilihan Adnan sebagai calon mewakili TN50 ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ali Tinju yang juga Ketua Penerangan UMNO Bandar Tasik Selatan juga berharap faktor Adnan akan dapat mengelakkan ‘otai-otai’ UMNO di kawasan itu menyertai kem pembangkang dalam PRU-14 ini.

Sementara itu, Mohd. Nor atau dikenali penduduk sebagai Tok Ayah Mat Nor Misai memberitahu, Adnan bagaikan ‘magnet’ yang menyatukan mereka semua dan akan membantu kempen memenangkan BN di kawasannya.-MalaysiGazette

1 Komen

  1. Berjumpa dgn beliau pun dari senyuaman nya kita dapat andaikan yg beliau seorg calon yg matang yg mampu menjalan tggjawap yg di amanah kn oleh rakyat pd beliau dengan semangat yg ada disertai sokongan semua lapisan masyarakat x mngira bgsa dan agama kita yakin beliau berjaya merampas Btr kepangkuan BARISAN NASIONAL .
    Presiden ngo no 1 negara serta kami jentera2 akn sedia membantu dgn apa cara pun demi kemenangan BARISAN NASIONAL ..BTR MOVE MOVR

Comments are closed.