Timbalan Presiden Keadilan (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden Keadilan (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

SUBANG – Pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjadikan pakatan pembangkang lebih kuat, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR itu mendakwa mendakwa tindakan yang diambil oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang didalangi oleh Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak gagal ‘melemahkan’ pakatan pembangkang.

“Dia (Najib) ingat dia haramkan PPBM tapi dia lupa sebagai seorang Islam kita kena ingat boleh rancang boleh atur jangan lupa perancangan Allah lebih hebat.

“Dia haramkan PPBM parti pembangkang lagi bersatu, lihat sahaja DAP kita boleh fikir tak hukum hakam manusia DAP boleh guna logo PKR, dia parti yang kuat, parti yang dah 60 tahun.

“DAP dah bentuk kerajaan di Pulau Pinang tetapi demi rakyat DAP sanggup ketepikan logo roket dan setuju guna logo PKR.

“Parti Amanah juga sanggup dan demi rakyat guna logo PKR, PPBM pun,” katanya ketika menyampaikan ucapan di ceramah Perdana di sini malam tadi.

Bahkan tambah Mohamed Azmin, penggunaan satu logo akan memudahkan lagi pilihan pengundi pada 9 Mei kelak.

“Jadi, dalam kertas undi kali ini mudah. Ada dua sahaja parti yang serius satu BN guna logo dacing yang sudah berkarat dan senget satu lagi PKR,” ujarnya. -MalaysiaGazette