Pautan gambar dari laman sesawang.
Ustaz Don Danial

KUALA LUMPUR – Siapa tidak kenal dengan penceramah selebriti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Bukan sahaja sering dipanggil memberikan ceramah malah Ustaz Don juga muncul di kaca televisyen dalam program-program realiti membabitkan keagamaan.

Baru-baru ini muncul ‘cakap-cakap’ mendakwa ustaz muda berumur 34 tahun ini mendirikan rumah tangga kali kedua.

Namun beliau ketika ditanya bingkas menafikannya. Don Danial sebaliknya menyatakan pendiriannya untuk tidak menyorokkan perkahwinannya jika perkara tersebut benar.

“Mana ada saya kahwin dua? Kalau betul saya kahwin lagi, saya tak akan sorok. Untuk apa sembunyi kerana lambat-laun pasti orang akan tahu.

“Pasti ada yang akan dedahkan kerana saya dikenali ramai. Lagipun, perkahwinan itu perkara yang baik. Setakat ini, tidak pernah pula saya dengar gosip seperti ini. Terkejut juga saya apabila ditanya,”katanya dalam BH Online.

Beliau juga percaya isterinya Husna Mohd Zahry, 29 tidak akan mempercayai gosip tersebut dan akan bertindak mendapatkan pengesahan daripadanya terlebih dahulu.

“Kalau isteri dengar gosip seperti ini, dia mungkin akan marah. Tetapi, saya tahu dia bagaimana. Jika ada perkara yang tidak pasti, dia akan bertanya dahulu.

“Jika saya tidak buat, saya akan kata tidak. Dakwaan itu memang tidak benar kerana saya tidak pernah berkahwin dua,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast