KUALA LUMPUR – Syarikat Prolintas menawarkan diskaun 10 peratus kepada semua pengguna lebuh raya kendaliannya sempena Pilihan Raya Umum Ke-14.

Lebuh raya tersebut ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE),
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Tawaran diskaun itu bermula esok dari pukul 8 pagi hingga 5 petang untuk pengguna Kelas 1 sahaja.

“Diskaun yang ditawarkan sempena Pilihan Raya Umum ke 14 adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang awam untuk menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi pada hari tersebut.

“Ini adalah sumbangan kecil kami yang menyokong pengguna yang akan keluar mengundi,” kata Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan
Prolintas. – MalaysiaGazette