Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berikrar akan terus memajukan Sabah dan Sarawak demi keadilan kepada semua.

Menurut beliau, Malaysia tidak dapat menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, jika Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Jadi sebagai pemimpin nasional adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan Sabah dan Sarawak dibangunkan.

“Selain itu, ia merupakan prinsip keadilan kepada semua,” kata Najib dalam program Mandat yang disiarkan di TV3 malam tadi.

Perdana Menteri yang telah melawat Sabah dan Sarawak lebih 60 kali sepanjang menerajui negara berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan pembangunan-pembangunan yang dirancang dan sedang dijalankan meskipun ada jurang.

Namun, katanya, ia jauh lebih baik berbanding dahulu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast