Rosnah Labu

KUALA LUMPUR – Semangat mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang warga emas sanggup tiba seawal 8 pagi untuk mengundi.

Rosnah Labu, 65, dari Flat Seri Angkasa Pantai Dalam berkata, beliau tiba awal kerana tidak mampu berjalan naik ke Saluran 2 di tingkat 2 blok E di SMK Seri Pantai Kg Kerinchi pada hari mengundi pagi ini.

Beliau bersemangat dan tidak mahu melepaskan peluang mengundi kali ini walaupun kesihatan fizikal tak mengizinkan.

“Makcik ada kencing manis dan darah tinggi, tak boleh jalan atau berdiri lama.

“Memang sedih masih tak dapat naik tangga ke tingkat 2 untuk mengundi terpaksa tunggu petugas SPR yang sedang menguruskan proses untuk permudahkan saya mengundi kali ini,” kepada MalaysiaGazette di sini.

SPR kini sedang memastikan semua warga emas yang sihat dan juga uzur dapat mengundi di saluran tingkat bawah.

Rosnah berkata, dia bertuah kerana dapat peluang mengundi selepas terlepas menunaikan tanggungjawab itu pada tahun 2008 dan 2013 kerana tidak ada orang membawanya.

“Suami makcik dah meninggal, saya duduk sebatang kara

“Kali ini saya nak keluar seorang diri untuk mengundi dan nasib baik ada buah bawa hendak bawa.

 

“Makcik gembira jika dapat mengundi. Inilah hasrat makcik hari ini.,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette