Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal selepas  dibuka semula awal pagi ini.

Pada pukul 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 44.30 mata kepada 1,802.21 mata.

Antara kaunter-kaunter yang rugi adalah Malaysia Airports Holdings Berhad, CIMB Group Holdings, Axiata Group Bhd., My E.G. Services Bhd., Kuala Lumpur Kepong Bhd, Gabungan AQRS Bhd. dan George Kent (M) Bhd.

FBM KLCI ditutup kepada 1,846.51 mata pada hari Selasa lalu selepas melonjak 18.31 mata.

Bursa ditutup pada hari Rabu lalu sempena PRU14 dan cuti tambahan Khamis dan Jumaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast