Penunjuk perasaan Palestin melarikan diri selepsa tentera Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata. foto Agensi

GAZA – Tentera Israel menembak mati penunjuk perasaan Palestin di sempadan Gaza ketika acara pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis.

Hari yang paling berdarah untuk rakyat Palestin sejak 2014, pegawai Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seramai 58 penunjuk perasaan terbunuh dan 2,700 cedera akibat di tembak, disembur dengan gas pemedih mata dan serangan lain.

Pertumpahan darah itu menyebabkan sesetengah negara, termasuk Perancis dan Britain serta Turki menyifatkan kejadian itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai”.

White House enggan bergabung dengan mendesak Israel untuk berhati-hati dalaam tindakan mereka tetapi menyokong tindakan Israel yang didakwa mempertahankan sempadan negaranya.

Malah, pada masa sama, White House menyalahkan Kumpulan Hamas yang memerintah Gaza.

Dalam mengekalkan hubungan dengan Israel, Washington telah meletakkan jarak antara dirinya dengan sekutu-sekutu Eropah untuk kali kedua dalam seminggu, selepas Perancis, Jerman dan lain-lain tidak puas hati selepas Amerika Syarikat membatalkan perjanjian nuklear antarabangsa dengan Iran.

Sementara itu, kekacauan di Gaza berbeza dengan acara perasmian pembukaan kedutaan baru Amerika Syarikat di Baitulmaqdis, selepas berpindah dari Tel Aviv.

Perpindahan itu bagi memenuhi janji Presiden Donald Trump pada bulan Disember lalu yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Senator Demokrat Amerika Syarikat, Tim Kaine berkata, dengan perkembangan semasa itu Wasshington tidak dilihat cuba menyelesaikan masalah tetapi melangkah jauh dari masalah dan ia menyedihkan.

Palestin mahu timur Baitulmuqaddis dijadikan ibu kota negara mereka.

Israel pula menganggap semua bandar, termasuk bahagian timur yang dirampas dalam perang Timur Tengah 1967, meskipun tindakan itu tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Kebanyakan negara mengatakan status Baitulmaqdis – kota suci bagi orang Yahudi, Muslim dan Kristian – harus ditentukan dalam bentuk penyelesaian keamanan dan tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaan akan menjejaskan perjanjian. – MalaysiaGazette