KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan membuat kemunculan pertama kali selepas dibebaskan esok di Petaling Jaya.

Suami kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu akan dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh esok selepas mendapat pengampunan Diraja daripada Yang Dipertuan Agung, Sultan Muhammad V.

Sejurus dibebaskan, Anwar akan hadir dalam program “Himpunan Merdeka Rakyat” yang akan diadakan di Padang Timur Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang bermula jam 5.30 petang.

Malah Anwar turut akan memberikan ucapan pertamanya selepas keluar daripada penjara tepat jam 11 malam. -MalaysiaGazette