Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini disokong minat belian kukuh berikutan keyakinan pelabur terus pulih selepas keputusan pilihan raya baru-baru ini.

Pada 9.16 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.05 mata pada 1,853.47 daripada 1,850.42 penutup Isnin.

Indeks dibuka 6.80 mata lebih tinggi pada 1,857.22.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 302 berbanding 193, manakala 203 tidak berubah dengan 1,171 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 473.47 juta saham bertukar tangan bernilai RM368 juta. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast