Dadah jenis syabu dan ganja yang ditemui dalam beg silang digunakan oleh suspek.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan kerana memiliki dadah dalam satu tangkapan di Mukah, Sarawak.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, Asisten Superitendan Augustine Gaja Anak Lakong berkata, lelaki itu ditahan selepas pihaknya mendapati kelakuan suspek yang mencurigakan ketika berada di hadapan sebuah rumah di Kampung Kuala Lama di Mukah.

“Berdasarkan pemeriksaan pada beg silang yang dibawa kami menemui sebanyak 58 paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki Methampatamine.

“Manakala 12 paket kecil lutsinar lagi yang kami temui berisi dadah jenis ganja dengan berat kasar 24.60 gram,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek turut positif dadah berdasarkan pemeriksaan air kencing yang dilakukan.

Katanya, lelaki itu kini ditahan dilokap sementara siasatan lanjut dijalankan terhadapnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan suspek boleh dihukum gantung mandatori sampai mati. – MalaysiaGazette