Reaksi Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 16 MEI 2018.
Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA – Perdana Menteri berkata, harga semasa petrol dan diesel akan dikekalkan. 

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, harga bahan bakar itu akan diberi subsidi semula.

“Harga minyak tidak akan naik dan tidak akan turun. Kalau tidak cukup kerajaan akan beri subsidi,” katanya semasa sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan meneruskan mekanisme yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menentukan harga bahan bakar. 

Untuk rekod kadar harga semasa bagi RON95 ialah RM2.20, RON97 (RM2.47) manakala diesel RM2.18. – MalaysiaGazette