Bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 17 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dilihat memasuki Yayasan Kepimpinan Perdana. 

Beliau dipercayai tiba sebelum Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sampai ke pejabatnya selepas mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebentar tadi. 

Nor Mohamed berada di bangunan kurang sejam dan meninggalkan bangunan tersebut pada kira-kira 3:55 petang.

Namun beliau enggan mengulas apa-apa kepada pemberita. – MalaysiaGazette