KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana melakukan penghinaan yang keterlaluan terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu kenyataan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu, selain Dr Mahathir lelaki terbabit turut menghina agama Islam.

Tangkapan ke atas lelaki itu dilakukan selepas polis menerima satu laporan yang dibuat di Kuah, Langkawi oleh wakil-wakil NGO yang tidak berpuas hati terhadap beberapa kenyataan menghina Pengerusi Pakatan Harapan itu dan agama Islam yang didakwa dimuat naik oleh suspek di Facebook.

Tindakan memberkas lelaki itu dibuat menerusi Bahagian Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast