Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu atau kumpulan boleh membuat aduan rasmi mengenai institusi-institusi yang gagal menjalankan peranannya mengikut undang-undang kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi.

Aduan itu boleh dibuat dengan menulis surat kepada jawatankuasa itu.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan menerima mana-mana pihak yang mahu memaklumkan tentang institusi yang mempunyai masalah struktur, tadbir urus yang lemah, proses keputusan yang tidak berkesan atau mekanisme pembaikan yang tidak mencukupi.

Bagaimanapun, aduan itu mestilah bertujuan pembaharuan institusi atau isu-isu institusi dan bukannya keluhan peribadi atau salah laku pegawai awam, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jawatankuasa itu berkata, individu dan kumpulan itu boleh menyerahkan surat kepada mereka pada 28 Mei.

Surat itu perlu dialamatkan kepada Sekretariat, Jawatankuasa Pembaharuan Institusi, di Level 32, Ilham Tower, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia dengan salinan emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette