Sebahagian pasukan anggota polis yang bertugas membawa barang-barang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas untuk membantu siasatan berkenaan kes 1MDB ke dalam trak polis di Pavillion Residence, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 18 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Jumlah wang yang ditemui di sebuah apartmen mewah, Pavilion Residences masih belum habis dikira pihak Polsi Diraja  Malaysia (PDRM) kerana jumlahnya yang banyak.

Pengiraan wang tersebut sehingga kini masih dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang sebelum ini melibatkan penemuan wang tunai pelbagai mata wang di dalam 72 beg bagasi semasa pemeriksaan Jumaat lepas.

Apartmen tersebut didakwa milik rakan kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bergelar seorang “Tan Sri”.

Menurut laporan, proses mengira wang tersebut bermula sejak 10 pagi tadi.

Berdasarkan laporan tersebut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan perkara berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

Pada Jumaat lalu, PDRM menyerbut tiga unit kondominium yang mempunyai kaitan dengan bekas perdana menteri sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Polis merampas 72 beg berisi wang tunai dan barangan kemas bersama 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah. – MalaysiaGazette