PUTRAJAYA – Pasukan Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memfokuskan kepada tiga tumpuan utama dalam menyiasat kes berkenaan.

Antaranya faktor pemulihan aset serta membawa balik semua wang dan aset hasil dari aktiviti kesalahan kes 1MDB.

“Ketiga adalah tindakan jenayah terhadap pihak-pihak yang terlibat melalui Akta SPRM /AMLA dan Kanun Keseksaan,” demikian menurut kenyataan yang ditandatangani oleh keempat-empat panel tersebut.

Pasukan Petugas Khas yang dilantik oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berikrar akan menjalankan tugas secara telus, adil dan juga profesional.

Mesyuarat seterusnya akan diadakan esok.

Pasukan Khas 1MDB diketuai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador. -MalaysiaGazette