Kaji Semula Peranan Uda Holdings

Persatuan Peniaga-Peniaga Bukit Bintang meminta kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula peranan Uda Holdings Berhad (Uda Holdings) selain tuntutan mereka ketika diminta mengosongkan Plaza Bukit Bintang (BB), sebelum ini.

Pengerusinya, Hassan Saad turut meminta kerajaan baru menerusi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohd Azmin Ali mendapatkan tempat perniagaan baru di dalam bandar untuk mereka.