Wisma Putra
Bangunan Kementerian Luar Negeri

KUALA LUMPUR – Malaysia mahu menuntut keadilan bagi pihak mangsa-mangsa tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Wisma Putra dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Malaysia tetap mahu mendakwa pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Dengan itu, Malaysia katanya sangat menghargai laporan terkini yang dibentangkan oleh Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang diketuai oleh Belanda, semalam berhubung siasatan jenayah terhadap insiden tersebut.

“Kami akan mengkaji penemuan-penemuan di dalam laporan tersebut dengan teliti,” katanya.

Selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku dan siasatan dibuat, pihak JIT dan pendakwaraya Rusia memutuskan pesawat malang milik Malaysia itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu pasukan ketenteraan Rusia. – MalaysiaGazette