Sebuah kenderaan dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediamannya pada jam 10.08 pagi di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2018
Sebuah kenderaan dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediamannya pada jam 10.08 pagi di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 25 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Menjelang hari ke-9 umat Islam mengerjakan ibadah puasa, kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini terus dikunjungi ‘tetamu’.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam antara kenamaan dan sekutu politiknya yang mengunjungi bekas Presiden Barisan Nasional itu.
Subramaniam selaku bekas Menteri Kesihatan itu dilihat memasuki kediaman negarawan itu kira-kira 11.25 pagi tadi dengan menaiki kereta jenis BMW berwarna putih.
Sejurus itu beberapa buah kenderaan lain turut menghampiri kediaman bekas Presiden UMNO itu dipercayai penyokong dan ahli MIC.
Subramaniam kelihatan memakai pakaian tradisi India berwarna jingga muda meluru masuk sebaik sahaja kenderaan peribadinya berhenti di pekarangan kediaman pemimpin itu.
Terdahulu Najib beredar daripada kediamannya kira-kira jam 10.08 pagi tadi dengan menaiki kereta Toyota Vellfire dengan diiringi sebuah kenderaan lain.
Bagaimanapun Najib kembali ke kediaman peribadinya di Taman Duta kira-kira 10.48 pagi tadi dari lokasi yang tidak diketahui. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast