Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melahirkan rasa syukur tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia atas keprihatin mereka menderma kepada Tabung Harapan yang kini sudah mencecah lebih RM7 juta setakat jam 4 petang.

Jelas beliau, keprihatin oleh rakyat Malaysia terhadap penubuhan tabung ini sebenarnya luar biasa kerana jumlah yang begitu banyak dapat dikutip daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh begitu singkat.