KUALA LUMPUR – Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), mengumumkan pembukaan sebahagian daripada Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL bagi penerbangan berlepas bermula semalam.

MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja-kerja pemulihan Landasan 3 yang bermula pada 11 Mei tahun ini, dijadualkan siap pada 7 Jun dan mula dibuka sepenuhnya dan beroperasi pada masa itu.

“Skop kerja termasuklah kerja lapisan turapan dan kerja-kerja infrastrukrtur seperti saliran dan tanah,” kata syarikat itu.

Setakat ini, tiada sebarang kelewatan penerbangan dilaporkan disebabkan oleh penutupan Landasan 3 tersebut.

“Kami sentiasa bertemu dan berbincang dengan semua pihak berkepentingan seperti Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), syarikat penerbangan dan pengendali darat bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dapat diselesaikan dengan jayanya serta operasi penerbangan yang lancar semasa tempoh ini,” kata syarikat itu.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast