Petronas

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan deklarasi bahawa syarikat tersebut adalah pemilik eksklusif sumber minyak negara di samping regulator bagi industri huluan itu di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.

Dalam kenyataannya, Petronas berkata, ia mahu mendapatkan deklarasi mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA),

“Petronas percaya pengesahan daripada Mahkamah Persekutuan akan membantu memberi pencerahan berhubung hak dan kedudukan di bawah PDA.

“Petronas tetap komited untuk menyokong aspirasi Sarawak untuk menyertai industri minyak dan gas negara asalkan ia masih di dalam rangka kerja PDA,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast