KUALA LUMPUR – Kehadiran wakil Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) hanya memberi makluman perkembangan kepada Majlis Penasihat Kerajaan.
“Saya hanya memberi memberi tahu perkembangan kepada Majlis Penasihat Kerajaan tentang ECER. Itu sahaja,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jebasingam Issace John.
Beliau tiba di Menara Ilham untuk taklimat bersama Majlis Penasihat Kerajaan pada kira-kira 10.30 pagi tadi kemudian meninggalkan bangunan itu pukul 2.40 petang tadi.
Majlis Penasihat Kerajaan juga dijadualkan memanggil Pengarah Kanan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Fajaffri Mihd Fadzil.
Turut kelihatan memasuki bangunan itu hari ini adalah Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin.-MalaysiaGazette
















