Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2018.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan untuk memotong elaun keraian bagi pegawai tinggi kerajaan gred JUSA A sebanyak 10 peratus berkuatkuasa Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan hari ini.

“Pemotongan elaun keraian penjawat awam (gred) JUSA ke atas akan dipotong 10 peratus.

“Ia sebagai langkah penjimatan kerajaan,” kata Mahathir.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan telah memutuskan bagi mewajibkan ujian kompetensi bahasa Inggeris bagi memastika mereka menguasai bahasa itu dengan baik.

“Kita berpendapat bahasa Inggeris amat penting dan perlu dikuasai oleh pegawai tinggi kerajaan.

“Semua pegawai tinggi kerajaan perlu kuasai bahasa Inggeris dengan baik kerana (mereka) akan berunding dengan pihak asing,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast