Adnan Yaakob
Datuk Seri Adnan Yaakob

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan UMNO negeri Pahang mencadangkan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Naib Presiden pada pemilihan akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tiga lagi nama turut disenaraikan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Tiga nama itu katanya, Ahli Parlimen Krau, Datuk Seri Ismail Md Said, Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Mutalib.

“Saya selaku pengerusi perhubungan mendesak mereka untuk bertanding jawatan tersebut. Sebab mereka ini menang pada Pilihan Raya Umum Lalu.

“Mereka yang bertanding ini tokoh yang berpengalaman, tokoh grassroot (akar umbi). Kita buat cara kampung, kita memenangkan Pahang cara kampung saja,” katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka puasa dan perjumpaan UMNO Pahang di sini malam ini.

Terdahulu, Adnan mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Bahagian UMNO Pahang pada perjumpaan itu dan mengadakan perbincangan sebelum pemilihan akan datang.

Dalam pada itu Adnan berkata, beliau menyerahkan kepada pimpinan sayap-sayap negeri untuk meletakkan calon masing-masing bagi jawatan sayap-sayap di peringkat pusat. – MalaysiaGazette