Adnan Yaakob
Adnan Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan pusat perlu menyalurkan peruntukan kepada negeri-negeri yang dinaungi Barisan Nasional (BN) tanpa mengambil kira soal parti.

Ketua Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ini kerana kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Pakatan Harapan merupakan kerajaan pilihan rakyat yang pengundinya ada disetiap negeri.

“Bukan kira pembangkang atau tidak. Macam kita dulu jadi kerajaan Persekutuan kita bantu juga Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

“Sekurang-kurangnya peruntukan dan Perlembagaan yang memastikan geran yang perlu diberikan kepada kerajaan negeri dan kita harap kerajaan persekutuan akan beri secara cepat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Adnan, bukan saja perlu memberi bantuan malah kerajaan Persekutuan juga harus menyegerakan peruntukan tersebut tanpa melengah-lengahkannya.

“Maknanya sampai masa beri, sebab kerajaan Pakatan Harapan ini pilihan rakyat.

“Kenapa kita nak bergaduh, jadi kita percaya Tun Dr Mahathir ini orang lama macam ayah kitalah, kalau saya Tun Mahathir tu macam ayah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast