Rudy Giuliani

WASHINGTON – Peguam Donald Trump, Rudy Giuliani berkata, Korea Utara telah merayu supaya pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat dijadualkan semula.

Rayuan itu dibuat selepas Trump membatalkan pertemuan awal yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mei sambil mendakwa Pyongyang mencetuskan kemarahan besar dan permusuhan secara terbuka.

Bercakap di satu persidangan pelaburan di Israel, Giuliani berkata, pendirian tegas Trump telah menyebabkan Pyongyang bertindak demikian.

Bagaimanapun, pertemuan bersejarah antara dua pemimpin itu dijadualkan berlangsung pada 12 Jun ini di Singapura diputuskan selepas Pyongyang memberi maklum balas pendamaian. – MalaysiaGazette