Chelsea gagal menjamin aksi Juara-Juara Eropah
NGolo Kante sasaran utama PSG musim ini ke Perancis.

PERANCIS – N’Golo Kante menjadi sasaran utama kepada Paris Saint Germain (PSG) untuk menghadapai musim Ligue 1 Ogos ini.

Agen pemain itu dilaporkan bertemu pengarah sukan kelab gergasi Ligue 1 Perancis, Antero Henrique.

Bintang tengah Chelsea itu telah menjulang piala Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Leicester City dan Chelsea.

Pengurus baharu PSG, Thomas Tuchel mahu pemain antarabangsa Perancis itu menyertai kelab itu seberapa segera yang mungkin.

Juara Eropah Real Madrid juga dikatakan sedang mengintai rapat prestasi pemain itu di Stamford Bridge.

Agen pemain itu, Karim Douis telah berjumpa dengan Henrique di London dan Paris beberapa minggu lalu.

Chelsea yang sedang dalam proses mencari pengurus baharu kelab, selain menamatkan saingan EPL sekadar di tempat keenam, sekaligus mencerahkan peluang kelab lain mengikat Kante dengan jaminan saingan Liga Juara-juara Eropah musim depan.- MalaysiaGazette