Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan.
Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan.

KUALA LUMPUR – Bilangan menteri yang akan disediakan untuk mewakili masyarakat India tidak penting.

Yang lebih penting ialah apa yang kita boleh lakukan dengan menggunakan jawatan menteri itu, menurut laporan Makkal Osai yang memetik M.Kulasegaran sebagai berkata.

Menteri Sumber Manusia itu menambah, masyarakat India tidak seharusnya terlampau bimbang memikirkan bilangan pemimpin India yang akan mewakili mereka dalam Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Penyempurnaan Persidangan Kesusasteraan Tamil Kanak-Kanak Sedunia di Universiti Malaya semalam.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu juga berkata, suatu ketika dahulu komuniti India diwakili dua orang pemimpin dalam jemaah menteri.

“Selepas ini akan ada lagi (pelantikan) pemimpin India dalam Kabinet mewakili suara komuniti minoriti berkenaan, persoalannya apa yang kita hendak capai dengan kelebihan ini, itu lebih penting.

“Selepas membentuk kerajaan baharu susulan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, saya dan Gobind Singh Deo dilantik sebagai menteri untuk memperjuangkan hak masyarakat India.

“Di bawah kepimpinan Tun Dr.Mahathir Mohamad mungkin ada pelantikan pemimpin India dalam kabinet juga selepas ini,” katanya seperti yang dilapor Makkal Osai.

Katanya,  beliau dan Gobind akan memastikan pelantikan mereka membawa manfaat yang diharapkan kerajaan untuk mensejahterakan komuniti India.

“Kerja dan tanggungjawab kami perlulah memastikan masyarakat India sejahtera. Saya telah memakai serban semasa mengangkat sumpah sebagai menteri di Istana Negara sebagai simbolik menunjukkan kebudayaan India.

“Saya tidak lama lagi akan ke Tamil Nadu dan akan mengenakan serban untuk membudayakan warisan kaum India.- MalaysiaGazette