Jet pejuang F-15

TOKYO – Sebuah jet pejuang F-15 milik Amerika Syarikat dilaporkan terhempas di pesisir laut Okinawa di selatan Jepun.

Juruterbang pesawat berkenaan dikatakan sempat keluar dari pesawat itu namun situasinya tidak dapat disahkan.

Jet tersebut dari pangkalan udara Kadena di Okinawa, Kyodo melaporkan dengan memetik beberapa sumber kerajaan. – MalaysiaGazette