Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama 1200 bakal jemaah haji pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Haji 1MDB di Masjid Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 FEBRUARI 2018.
Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama 1200 bakal jemaah haji pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Haji 1MDB di Masjid Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan sumber kewangan yang digunakan untuk menaja jemaah haji menunaikan Rukun Islam kelima itu adalah halal.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan semua jemaah haji yang berkenaan supaya tidak perlu bimbang biar pun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa mereka menunaikan haji menggunakan wang curi justeru ibadah mereka adalah tidak sah.

Menurut Najib, jika pembiayaan untuk kumpulan jemaah haji tu menggunakan sumber kewangan yang haram, maka beliau akan menanggung dosa besar.

“Tun Mahathir adalah silap untuk mndakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi. Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

“Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya,” katanya dalam Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, Dr Mahathir membuat tuduhan tanpa mengemukakan bukti yang kukuh.

Malah katanya, kenyataan Dr Mahathir dalam beberapa siri pun tidak menyebut bukti mengenai tuduhan terhadap beliau.

“Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

“Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh PH selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

“Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya,” ujarnya lagi. -MalaysiGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast