Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya rombakan besar-besaran yang melibatkan kepimpinan tertinggi PDRM bakal dibuat bulan Julai ini.

Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau bagaimanapun sedang meneliti keperluan mengadakan rombakan dalam PDRM itu.

“Saya menafikan dakwaan rombakan besar-besaran melibatkan kepimpinantertinggi dalam polis bulan hadapan seperti mana disiarkan di media massa.

“Walaubagaimanapun, selari dengan dasar kerjaaan Pakatan Harapan yang mengutamakan tadbir urus yang baik, saya sedang meneliti keperluan itu(rombakan PDRM) untuk dikemukakan kepada perdana menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian susulan berita yang sedang tular mengenai rombakan besar dalam kepimpinan tertinggi PDrM yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris Singapura dan media lain sejak semalam.

Malah katanya beliau juga menerima pelbagai pertanyaan daripada orang ramai mengenai berita itu.

“Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa memastikan setiap kementerian, agensi dan jabatan kerajaan berfungis dengan penuh bertanggungjawab, telus dan berintegriti,” tegas beliau lagi.

Akhbar itu memetik sumber PDRm sebagai berkata, antara pegawai tertinggi yang bakal dipecat ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun tanpa didedahkan sebab penamatan perkhidmatan pegawai tertinggi itu.- MalaysiaGazette

 

Rombakan besar-besaran PDRM?