KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah mengambil keterangan Datuk Seri Najib Razak pada 5 Disember 2015 berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi siaran akhbar tiga berenggan bertarikh 5 Disember itu, Najib dikatakan memberi kerjasama yang baik dalam pertemuan selama dua jam setengah.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, 5 Disember 2015 berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

“Pertemuan hari ini berlangsung selama dua setengah jam. Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM,” kata SPRM.

Semalam, Najib berkata, beliau tidak pernah menerima sebarang faedah atau mencuri wang 1MDB atau dari mana-mana pihak, malah mendakwa SPRM tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan beliau pada 2015 seperti didakwa.

Bekas Perdana Menteri itu yakin mahkamah akan membuktikan beliau tidak bersalah dan akan terlepas jika didakwa atas alasan politik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast