Mohd Hashim Abdullah
Mohd Hashim Abdullah

KUALA LUMPUR – Khidmat Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan sehingga 1 Julai nanti.

Kenyataan media SPR hari ini berkata, keputusan itu daripada Hashim sendiri yang kemudiannya diperkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

“Pemendekan tempoh perkhidmatan ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun 2018.

“Pemendekkan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun 2018,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah menyertai SPR semenjak September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Januari 2016.

Tun M sebelum ini berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap Hashil sekiranya terbukti melakukan kesalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei yang lalu. -MalaysiaGazette