FBI dan agen risikan tertinggi AS lontra amaran pengunjung Piala Dunia di Rusia berisiko data peribadi dalam telefon bimbit digodam penjenayah

WASHINGTON – Ejen risikan tertinggi Amerika Syarikat (AS) menasihati warganya yang berkunjung ke Rusia untuk menonton Piala Dunia 2018 bermula Khamis ini supaya mengelak daripada membawa peranti elektronik bersama-sama mereka ketika menonton perlawanan.

Ejen itu mendakwa mereka mendapati peranti milik warga AS berisiko untuk digodam penjenayah atau kerajaan Rusia sepanjang temasya bola sepak ke-21 itu.

Dalam satu kenyataan kepada agensi berita, ejen Biro Penyiasatan Pusat (FBI) merangkap Pengarah Kaunter Risikan dan Pusat Keselamatan Kebangsaan AS, William Evanina menyatakan pandangannya itu.

Katanya, pengunjung ke kejohanan Piala Dunia 2018 akan menjadi sasaran penggodam peranti.

“Kalau anda merancang membawa bersama telefon pintar, komputer riba, PDA atau mana mana peranti elektronik lain sila berhati hati kerana data pada peranti anda termasuk maklumat pengenalan peribadi anda semua mungkin akan diakses oleh kerajaan Rusia atau penjenayah siber,” dakwanya.

Tambahnya, pegawai kerajaan dan juga korporat berisiko tinggi terdedah dengan risiko godam.

Tambah Evanina;”Kalau kamu masih mahu membawa telefon bimbit atau sebarang barang elektronik pintar, sila bawa yang berbeza daripada peranti yang biasa anda gunakan dan tanggalkan bateri apabila tidak menggunakannnya telefon bimbit anda mengelak risiko digodam.

Amaran itu menyusul setelah ejen risikan AS dan penguatkuasaan undang-undang masih menyiasat penggodaman Rusia semasa pemilihan Presiden AS pada tahun 2016.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast