Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar pada tahun 1899, tidak pernah mengambil wang rakyat sebaliknya telah menderma gaji sebagai Sultan Johor yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada Bangsa Johor yang memerlukan.
Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar pada tahun 1899, tidak pernah mengambil wang rakyat sebaliknya telah menderma gaji sebagai Sultan Johor yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada Bangsa Johor yang memerlukan.

JOHOR BAHRU – Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar pada tahun 1899, tidak pernah mengambil wang rakyat sebaliknya telah menderma gaji sebagai Sultan Johor yang diperuntukkan kerajaan negeri kepada Bangsa Johor yang memerlukan.

Menerusi entri terbaharu Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, usaha itu kemudian diteruskan dan diselaraskan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail di mana dana tersebut disalurkan kepada satu tabung yayasan yang kini dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar.

Malah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8 (1984-1989), kesemua gaji dan elaun yang diterima daripada kerajaan persekutuan diberikan kepada yayasan tersebut.

Yayasan Sultan Iskandar bukan sahaja membantu rakyat miskin, malah dana itu turut digunakan bagi membiayai pelajaran, bantuan bencana alam serta projek literasi komputer.

Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada pengurusan perladangan sejak zaman Almarhum Sultan Sir Ibrahim sehingga kini, dan beberapa perniagaan yang lain termasuk hartanah.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut mempunyai yayasan sendiri
bertujuan bagi memberi bantuan pendidikan, kebajikan, biasiswa pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.

Dana untuk yayasan berkenaan adalah sumbangan daripada semua elaun diraja yang diterima baginda. – MalaysiaGazette