Guo Anchuan, berpakaian sebagai pengantin.

CHINA-Di tepi sebuah jalan di China, seorang lelaki berpakaian pengantin wanita duduk sambil memegang spanar di tangan.

Guo Anchuan, 45, seorang tukang kayu itu terdesak mencari wang bagi membiayai rawatan anak perempuannya yang menghidap leukemia sejak berumur empat tahun.

Terdapat satu poster bersebelahan Guo ditulis “Mahu berkahwin untuk selamatkan anak, rela jadi pengantin/pekerja seumur hidup untuk membayar hutang sekiranya anda membantu menanggung kos rawatan anak saya”

Ditanya mengapa memakai gaun pengantin perempuan, Anchuan berkata, ia untuk menarik lebih banyak perhatian.

“Saya tidak lagi berfikir tentang maruah, apa yang penting anak saya dapat diselamatkan,” ujarnya.

Menurut Guo Yuting, anaknya telah menjalani lapan sesi kimoterapi sebelum kanser itu kembali menyerang awal tahun ini.

 

Pembedahan segera harus dijalankan bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Setakat ini, Anchuan berjaya mengumpul 16,000 Yuan (RM 9,960) namun ia masih belum mencukupi untuk menampung kos pembedahan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast