NEW YORK – Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengutuk keras tindakan Israel yang menggunakan kekerasan melampau ke atas rakyat Palastin pada Rabu lalu.
Perhimpunan PBB mendesak presidennya, Antonio Guterres untuk mengarahkan mekanisme perlindungan antarabangsa untuk menjaga wilayah Palestin.
Perhimpunan Agung PBB telah meminda resolusi dengan 120 undi memihak dan lapan membantah manakala 45 lagi wakil lagi tidak hadir.
Resolusi itu dibawa oleh Algeria, Turki dan Palestin selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto terhadap resolusi tertentu dalam Majlis Keselamatan PBB yang dianggotai 15 ahli awal Jun ini.
PBB juga mengutuk pelancaran peluru berpandu dari Gaza ke kawasan orang awam Israel tanpa menyebut kumpulan Islam Hamas yang mengawal Gaza ketika ini.
Resolusi itu tidak mengikat secara sah tetapi dilihat sedang membawa beban politik.
“Resolusi itu secara semulajadi jelas mengamalkan pemacuan politik hari ini yang secara keseluruhannya bersifat berat sebelah.
“Ia langsung tidak menyentuh mengenai kumpulan Hamas yang memulakan keganasan di Gaza secara rutin harian,” dakwa Duta AS ke PBB Nikki Haley sebelum proses mengundi dilaksanakan dalam perhimpunan tersebut.
AS bagaimanapun gagal dalam usaha untuk meminda resolusi itu dengan menambah perenggan yang mengecam keganasan oleh Hamas.
“Dengan menyokong resolusi ini anda menyokong segala tindakan Hamas,” kata Duta Israel ke PBB, Danny Danon kepada perhimpunan itu sebelum proses undi dimulakan semalam.
Selain AS, Australia the Marshall Islanda, Micronesia, Nauru, Soplomon Islands dan Togo menyertai Israel untuk mengundi menentang resolusi itu.
Lebih 120 warga Palestin dibunuh oleh tentera Israel di sempadan Gaza sejak Mac lalu.
Jumlah kematian terbesar berlaku pada 14 Mei, iaitu pada hari AS membuka kedutaannya di Jerusalem.
“Kami mahu melindungi orang awam Palestin,” kata wakil PBB Palestin, Riyad Mansour pada perhimpunan tersebut.- MalaysiaGazette