Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM – Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan solat sunat Aidilfitri 1439 Hijrah di semua masjid dan surau di seluruh negeri diselaraskan pada 8 pagi, jika 1 Syawal ditetapkan pada esok (Jumaat).

Pengarahnya, Haris Kasim dalam kenyataan berkata, penyelarasan waktu itu adalah atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku ketua agama Islam negeri.

Beliau berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan kekeliruan jemaah terhadap keseragaman waktu solat sunat Aidilfitri antara masjid dan surau di seluruh Selangor.

“Waktu solat sunat ditetapkan lebih awal bagi membolehkan umat Islam mempunyai masa yang mencukupi untuk menziarahi sanak saudara tanpa menjejaskan waktu solat Jumaat pada hari sama.

“JAIS juga memohon kepada semua imam masjid dan surau di Selangor agar membacakan khutbah khas Aidilfitri serta Jumaat yang diterbitkan jabatan ini melalui muat turun dalam portal rasmi e-masjid.jais.gov.my,” katanya.

Haris turut menasihati dan mengingatkan umat Islam di Selangor supaya menyambut Hari Raya secara bersederhana, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim serta menziarahi sanak saudara dan sahabat handai.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang ini iaitu bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah dan pengumuman Hari Raya Aidilfitri akan dibuat malam ini oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan Rukyah dan Hisab.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast