Polis Kedah mengetahui yang Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarga mereka bercuti di Langkawi, kata Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.
Polis Kedah mengetahui yang Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta keluarga mereka bercuti di Langkawi, kata Ketua Polis Kedah Datuk Zainal Abidin Kasim.

ALOR SETAR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Langkawi malam semalam untuk bercuti rehat bersama keluarga di pulau legenda itu.

Difahamkan Najib dan isteri datang bersama 13 anggota keluarga untuk bercuti selama tiga hari.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi Bernama malam ini berkata Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi lebih kurang 8 malam semalam.

Tanpa mengulas lanjut, Nawawi berkata beliau bersama pimpinan lain UMNO Bahagian Langkawi menyambut ketibaan bekas perdana menteri itu sebagai tanda memberikan sokongan moral kepada Najib sekeluarga.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast