YAMAN – Tentera Yaman yang disokong oleh gabungan pimpinan Arab Saudi mendakwa berjaya menawan lapangan terbang bagi bandar utama Pelabuhan Hudaydah daripada pemberontak Houthi.

Tentera berkata, para jurutera kini sedang memeriksa kawasan sekitarnya.

Walau bagaimanapun, agensi berita Saba yang dikuasai Houthi menafikan lapangan terbang itu telah ditawan.

Sebaliknya, Houthi mendakwa pertempuran masih berlangsung.

Pelabuhan itu dilihat sebagai laluan hidup bagi jutaan rakyat Yaman yang berisiko mengalami kebuluran.

Hudaydah adalah satu-satunya pelabuhan utama yang dikuasai oleh Houthis.

Utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths yang tiba di ibu kota Sanaa pada hari Sabtu untuk perbincangan kecemasan berhubung situasi pelabuhan itu.

Dia dijangka mencadangkan kepada Houthis, yang mengawal Sanaa, supaya mengendalikan Hudaydah dengan pemantauan jawatankuasa PBB untuk mengelakkan pergaduhan selanjutnya.

Serangan Hudaydah, yang diarahkan oleh Emiriyah Aab Bersatu, bermula pada hari Rabu.

Sumber perubatan dan ketenteraan berkata, sekurang-kurangnya 139 pejuang telah terbunuh.

Tetapi Houthi mendakwa lebih daripada 50 pasukan pro-kerajaan maut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast