Amirudin Shari duduk di mejanya bagi memulakan tugas sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu hari ini di Bangunan SUK, Sultan Salahuddin Abdul Shah, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 20 JUN 2018

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baru dilantik Amirudin Shari hari ini memulakan tugas pertamanya tepat jam 8 pagi.

Beliau yang memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, (SUK) dengan ditemani beberapa orang Exco.

Antaranya Datuk Teng Chang Kim, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, dan ADUN Lembah Jaya, Haniza Mohamed Talha.

Amirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah Klang, semalam.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amirudin, 38, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-16 selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikan ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Dalam pada itu, Amirudin mengajak rakyat Selangor untuk menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan pada Ahad depan.

Menurut beliau, majlis akan diadakan di Dataran Kemerdekaan berhampiran Masjid Negeri bermula jam 10 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast