Gambar Peter Thomson memegang trofi Kejuaraan Terbuka ketiga pada tahun 1956

MELBOURNE – Peter Thomson, pemain golf Australia yang pernah muncul sebagai juara sebanyak lima kali dalam kejohanan terbuka meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Beliau meninggal dunia akibat penyakit Parkinson yang dideritai  selama lebih empat tahun.

Pada tahun 1954, beliau dipercayai orang pertama Australia yang menjadi juara pada Kejohanan Terbuka di Britain.

Beliau meninggalkan mempunyai seorang isteri,  Mary, empat orang anak dan 11 orang cucu.

Thomson merupakan Komander Perintah British (CBE) pada tahun 1979 dan Pegawai Perintah Australia (AO) pada tahun 2001.

Di samping pencapaiannya, beliau juga menjadi presiden PGA Australia selama 32 tahun dan membantu menubuhkan Jelajah Asia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast