Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bercakap pada sidang media khas di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 20 JUN 2018.
Gobind Singh Deo
PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak mempunyai halangan untuk menyiarkan debat antara calon-calon Presiden UMNO dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara langsung.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata bersedia membawa perkara itu ke perhatian stesen penyiaran itu untuk pertimbangan segera.
“Tidak ada masalah..silakan. Apa masalahnya? (siarkan debat terbuka calon jawatan Presiden UMNO). Ia terpulang kepada Zahid dan KJ (kesediaan berdebat di RTM).
“Tapi bagi saya soal perlukan platform itu akan bawa ke perhatian RTM dan mereka dialu-alukan,” katanya apabila ditanya pemberita dalam sidang media khas di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas calon presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat dan mengisytiharkan harta masing masing kepada umum.
Khairy dalam sidang media hari ini sebagai menyahut cabaran itu menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast