Senator Khairul Azwan Harun bersedia menyumbang separuh daripada gajinya sebagai Ahli Dewan Negara kepada Pergerakan Pemuda UMNO sekiranya dipilih sebagai ketua pemuda pada pemilihan parti akan datang.
Lebih dikenali dengan panggilan Azwanbro, beliau berkata, sumbangan itu merupakan komitmen peribadi kepada parti yang yang perlu dibantu selepas kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14.
“Saya ingin memaklumkan, saya akan menyumbang 50 peratus gaji saya sebagai senator kepada Pemuda. Ini merupakan komitmen saya sekiranya saya dipilih sebagai ketua