WASHINGTON – Setiausaha media White House dihalau keluar dari sebuah restoran pada malam Jumaat lalu kerana dia bekerja dengan Presiden Donald Trump.

Pemilik bersama Red Hen di Lexington, Virginia telah meminta Sarah Sanders dan keluarganya keluar dari restoran itu kerana dia menentang pentadbiran Trump.

Sanders dalam tweetnya berkata: “Tindakan beliau menunjukkan tentangnya berbanding tentang saya”.

Stephanie Wilkinson berkata, Sanders telah bekerja dalam pentadbiran yang tidak ada kemanusiaan dan tiada etika.

Bercakap kepada Washington Post, Wilkinson berkata, dia memutuskan untuk meminta Sanders meninggalkan meja nombor 26 selepas bercakap dengan kakitangannya.

“Beritahu saya apa yang anda mahu saya lakukan. Saya boleh memintanya keluar,” kata Wilkinson tentang apa yang diberitahu kepada kakitangannya.

Kakitangan restoran itu bersetuju.

Insiden itu berlaku selepas Setiausaha Dalam Negeri, Kietjen Nielson di ‘boo’ di sebuah restoran Mexico di Washington.

Kemarahan itu tercetus selepas pentadbiran Trump melaksanakan polisi mengasingkan anak-anak pelarian dengan ibu bapa mereka di sempadan Mexico.

Wilinson berkata, dia telah meminta Sanders bercakap dengannya di luar dan memaklumkan kepada kakitangan White House itu tentang pendiriannya yang perlu dipertahankan.

Sanders berkata: “Saya tidak ada masalah dan akan pergi”. -MalaysiaGazette