Peluang Colombia ke pusingan 16
Juan Cuadrado menjaringkn gol ketiga dan juga gol kemenangan Colombia menentang Poland dalam aksi piala dunia awal pagi tadi.

MOSCOW – Harapan Poland untuk melangkah ke pusingan ke-16 diranapkan Colombia awal pagi tadi.

Pasukan yang diketuai Robert Lewandowski dilanyak 3-0 oleh Colombia dalam aksi kumpulan H.

Gol pertama skuad Colombia hadir menerusi Yerry Mina 5 minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Radamel Falcao gagal beraksi pada Piala Dunia empat tahun lalu, kali ini menjaringkan gol kedua untuk Colombia pada minit ke-70.

Kemudian Juan Cuadrado mengesahkan tiga mata penting skuad dengan gol ketiga pada minit ke-75.

Ia merupakan aksi terbaik Colombia sebelum tewas pada aksi pertama kepada Jepun 2-1.

Bagi Poland ia merupakan kekalahan teruk setelah tunduk pada Senegal dalam aksi pertama kumpulan H.

Poland kini tidak mempunyai harapan untuk mengejar Jepun mahupun Senegal yang mempunyai empat mata.

Colombia yang kini mempunyai tiga mata penu mampu mel;onjak ke tangga teratas peringkat kumpulan jika mencatat kemenangan ke atas Senegal pada Khamis ini.

Lewandowski gagal menyinar untuk Poland pada temasya ke-21 kali ini.

Bintang Bayern Munich itu menjaringkan 16 gol dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Namun dia gagakl menterjemahkan aksi itu di Rusia kali ini. – MalaysiaGazette