TERKINI : “Saya Menteri Besar Mesti Baik Dengan Semua Orang” – Amiruddin Shaari

Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari berkata, beliau masih mempunyai hubungan baik dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad meskipun selepas jawatannya dipertikaikan sebelum ini.

Amiruddin berkata, beliau masih berhubung dengan Idris dalam kumpulan aplikasi media sosial dan menafikan ia akan menjejaskan tugasnya khususnya dalam DUN Selangor.

“Sebagai MB, saya perlu mempunyai hubungan baik dengan semua orang, saya akan layan termasuk pembangkang jika mereka mempunyai idea baik untuk kami membangunkan negeri.