KUALA LUMPUR – Tuah menjadi milik pelakon Abby Abadi apabila mendapat anak angkat selepas beberapa jam memuat naik status meluahkan hasrat memilikinya di media sosial.

Berita gembira itu dikongsi oleh bekas penyanyi kumpulan Elite itu di Instagram miliknya dan melahirkan rasa syukur sebaik menerima bayi lelaki itu.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, memberitau, bayi itu berusia sembilan hari.

“Rezeki. Terima kasih. Dah dapat baby boy. Bila (apabila) Allah nak bagi… Syukur. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan.

“Ambil bayi yang baru berusia sembilan hari ini terus gi shopping beli barang bayi terserempak Oman (Norman), Memey & anak-anak kat Wangsa Walk,” katanya.

Bekas suaminya, Norman Hakim turut mengucap tahniah kepada Abby.

“Rezeki Allah… baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak anak dan tak sampai tengah hari ni Allah makbulkan permintaan dia. Allahu comel sangat bayi ni dah macam seiras adik beradik dia yang lain.

“Welcome onboard anak… Awish & Kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak-lalak tak nak tinggalkan baby ni. Semoga Allah SWT memberkati permulaan silaturahim ini,” tulisnya. – MalaysiaGazette